Rabu, 22 Februari 2012

malu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.







Selasa, 14 Februari 2012

my right! my choice! my life!....



Hijab is my beauty....
It is who i am!!
And i wear it...
To please
My God




Listen!!!
I dress to please my
CREATOR
you can choose to please
HIS creation...!!!!!

assalamualaikum....

 

Isnin, 13 Februari 2012

setiap saat hari kasih sayang

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


SAY NO TO VALENTINE DAY!!!!!!!

"VALENTINE"adalah nma seorang PENDETA..namanya Pedro St. Valantino...14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol..PENDETA ini mengumumkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada hari itu ISLAM hancur!!!!!!Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai hari Valentine..Jadi mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini pada hari itu adalah hari jatuhnya ISLAM di Sepanyol?????

ingat!!!SETIAP HARI ADALAH HARI BERKASIH SAYANG....

Dalam ISLAM ,setiap hari harus mengamalkan kasih sayang....
Kerana ISLAM adalah agama kasih (rahmah)..
Dan kita harus mengamalkan ISLAM dalam kehidupan seharian kita...
Jadi setiap bagi kita adalah KASIH....

Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w
"Dan tidaklah Aku utuskan Engkau kecuali menjadi kasih sayang bagi seluruh alam"

Rasulullah juga menjelaskan
"Barangsiapa tidak mengasihi dan menyayangi manusia maka dia tidak dikasihi dan tidak disayangi Allah.."(H.R Bukhari)..

Tetapi dalam ISLAM kasih sayang diatur oleh ALLAH,terutama dalm percintaan lelaki dan perempuan....
Allah mengajarkan melalui Rasulullah dengan nikah...
"Dan diantara tanda-tanda (kekuasaan) Nya,adalah Aku ciptakan bagi kamu berpasang-pasangan agar kamu cenderung kepadanya.Dan dijadikan rasa kasih dan sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.."(QS Ar-Ruum:21)

Jadi janganlah sahabat smua bervalentine day
"(Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bahagian dari golongan tersebut..)"Al Hadis...



Percuma kita menyebarkan cinta dan kasih...
Tetapi tidak mendapatkan cinta dan kasih Allah....
Agar kita juga mendapatkan cinta Allah,kita harus mengikuti Rasulullah...

Renung2kanlah ....
Laila harap semua dapat menjadikan info di atas sebagai panduan agar kita sntiasa brada di bawah naungan rahnat-Nya,InsyaAllah ...
Semoga kita semua sntiasa dirahmati Allah...Amin......
Assalamualaikum...

KISAH CINTA BUAH EPAL...lalalaaala

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 




 *mybe rmai yg da bca kisah ny....walaubagaimanapun,laila tetap nk share...sbab story ni so sweet,hehe....so,hrap korg smua bca ye.....renung2knlah...

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.

Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.

Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.

Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.

Waktu terus berlalu.

Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.

Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.

Wajahnya nampak sedih.

“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.

“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.

Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.

“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.

“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.

“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”

“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.

Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.

“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.

“Aku sedih” kata anak lelaki itu.

“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.

Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.

“Maaf anakku” kata pohon epal itu.

“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”

“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.

“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.

“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.

“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.

“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.

“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”

“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.

Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua

Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.

Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.

Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,

Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.

Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..

"..Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku..
Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini…
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku…
Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu.
Amin..

Khamis, 9 Februari 2012

*sayang abah*

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


p/s:sambil2 tu,cuba shabt2 hayati lagu ni...



Biasanya, bagi seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sedang bekerja diperantauan, yang ikut suaminya merantau di luar kota atau luar negeri,yang sedang bersekolah atau kuliah jauh dari kedua orang tuanya...Akan sering merasa rindu sekali dengan ibunya..Lalu bagaimana dengan AYAH?

Mungkin kerana ibu lebih sering menelefon untuk menanyakan keadaanmu setiap hari, tapi tahukah kamu, jika ternyata ayah-lah yang mengingatkan ibu untuk menelefonmu?

Mungkin dulu sewaktu kamu kecil, ibu-lah yang lebih sering mengajakmu bercerita atau berdongeng, tapi tahukah kamu, bahwa sekembalinya ayah dr bekerja dan dengan wajah lelah ayah selalu menanyakan pada ibu tentang khabarmu dan apa yang kau lakukan seharian?

Pada saat dirimu masih seorang anak perempuan kecil.Ayah biasanya mengajari putri kecilnya naik basikal .Dan setelah ayah mengganggapmu sudah boleh menunggangnya, ayah akan melepaskan roda bantu di basikalmu .Kemudian Ibu bilang : "Jangan dulu ayahnya, jangan ditanggalkan dulu roda bantunya", itu kerana ibu takut puteri manisnya akan terjatuh lalu terluka....

Tapi sedarkah dikau?Bahwa ayah dengan yakin akan membiarkanmu, menatapmu, dan menjagamu mengayuh basikal dengan seksama kerana dia tahu puteri kecilnya PASTI mampu melakukannya.

Pada saat kamu menangis merengek meminta alat permainan yang baru, ibu menatapmu hiba.Tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas : "Boleh, kita beli nanti, tapi tidak sekarang" Tahukah kamu, ayah melakukan itu kerana ayah tidak ingin kamu menjadi anak yang manja dengan semua tuntutan yang selalu dapat dipenuhi.

Saat kamu ditimpa sakit , ayah lah yang terlalu khawatir sampai kekadang sedikit membentak dengan berkata : "Sudah di beritahu! kamu jangan minum air sejuk!".Berbeza dengan ibu yang memperhatikan dan menasihatimu dengan lembut.Ketahuilah, saat itu ayah benar-benar mengkhuatirkan keadaanmu..

Ketika kamu sudah beranjak muda remaja..Kamu mulai menuntut pada ayah untuk mendapat keizinan keluar malam, dan ayah bersikap tegas dan mengatakan: "Tidak boleh!".Tahukah kamu, bahwa ayah melakukan itu untuk menjagamu?Kerana bagi ayah, kamu adalah sesuatu yang sangat - sangat luar biasa berharga..Setelah itu kamu marah pada ayah, dan masuk ke kamar sambil membanting pintu...

Dan yang datang mengetok pintu dan memujukmu agar tidak marah adalah ayah.Tahukah kamu,bahwa saat itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak dalam batinnya, Bahwa ayah sangat ingin mengikuti keinginanmu, Tapi lagi-lagi dia HARUS menjagamu?

Ketika saat seorang teman lelaki mulai sering menelefonmu, atau bahkan datang ke rumah untuk menemuimu,ayah akan memasang wajah paling cool sedunia.... :') ayah sesekali menguping atau mengintip saat kamu sedang berbuall berdua di ruang tamu..Sedarkah kamu, kalau hati ayah merasa cemburu?

Saat kamu mulai lebih dipercaya, dan ayah melonggarkan sedikit peraturan untuk keluar rumah untukmu, kamu akan memaksa untuk melanggar jam malamnya.Maka yang dilakukan ayah adalah duduk di ruang tamu, dan menunggumu pulang dengan hati yang sangat khuatirdan bimbang.Dan setelah perasaan khuatir itu berlarut - larut.Ketika melihat puteri kecilnya pulang larut malam hati ayah akan mengeras dan memarahimu..Sedarkah kamu, bahwa ini kerana hal yang di sangat ditakuti ayah akan segera datang? "Bahwa puteri kecilnya akan segera pergi meninggalkannya"

Setelah lulus SPM, Ayah akan sedikit memaksamu untuk menjadi seorang Doktor atau Engineer. Ketahuilah, bahwa seluruh paksaan yang dilakukan ayah itu semata - mata hanya karena memikirkan masa depanmu nanti.Tapi ayah tetap tersenyum dan menyokongmu saat pilihanmu tidak sesuai dengan keinginan ayah.

Ketika kamu menjadi gadis dewasa.Dan kamu harus pergi kuliah dikota lain.ayah harus melepaskanmu di bandar.Tahukah kamu bahwa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu? Ayah hanya tersenyum sambil memberi nasihat ini - itu, dan menyuruhmu untuk berhati-hati.Padahal ayah ingin sekali menangis seperti ibu dan memelukmu erat-erat.Yang ayah lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya, dan menepuk pundakmu berkata "Jaga dirimu baik-baik ya sayang".Ayah melakukan itu semua agar kamu KUAT....kuat untuk pergi dan menjadi dewasa.

Disaat kamu kesempitan wang untuk membiayai perbelanjaan semester dan kehidupanmu, orang pertama yang mengerutkan kening adalah ayah. Ayah pasti berusaha keras mencari jalan agar anaknya boleh merasa sama dengan teman-temannya yang lain.Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar meminta alat mainan yang baru, dan ayah tahu ia tidak mampu memberikan apa yang kamu inginkan...

Kata-kata yang keluar dari mulut Ayah adalah : "Tidak.... Tidak boleh!" Padahal dalam batin Ayah, Ia sangat ingin mengatakan "Iya sayang, nanti ayah belikan untukmu".Tahukah kamu bahwa pada saat itu Ayah merasa gagal membuat anaknya tersenyum?

Saatnya kamu berjaya sebagai seorang sarjana. Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberi tepuk tangan untukmu.Ayah akan tersenyum dengan bangga dan puas melihat "puteri kecilnya yang tidak manja berhasil tumbuh dewasa, dan telah menjadi seseorang" Sampai saat seorang teman Lelakimu datang ke rumah dan meminta izin pada ayah untuk mengambilmu darinya.Papa akan sangat berhati-hati memberikan izin..Kerana Ayah tahu.....Bahwa lelaki itulah yang akan menggantikan posisinya nanti.

Dan akhirnya....

Saat ayah melihatmu duduk di kerusi pelaminan bersama seseorang Lelaki yang di anggapnya mampu menggantikannya, Ayah pun tersenyum bahagia..Apakah kamu mengetahui, di hari yang bahagia itu ayah pergi kebelakang pentas pelaminan sebentar, dan menangis? Ayah menangis karena ayah sangat berbahagia, kemudian ayah berdoa....Dalam lirih doanya kepada Tuhan, Ayah berkata: "Ya Allah tugasku telah selesai dengan baik....Puteri kecilku yang lucu dan kucintai telah menjadi wanita solehah yang cantik....Bahagiakanlah dia bersama suaminya...rahmatilah kehidupan mereka Ya Allah"

Setelah itu Ayah hanya mampu menunggu kedatanganmu bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk...Dengan rambut yang telah dan semakin memutih....Dan badan serta lengan yang tak lagi kuat untuk menjagamu dari bahaya....Ayah telah menyelesaikan tugasnya....Papa, Ayah, Bapak, atau Abah kita...Adalah sosok yang harus selalu terlihat kuat...Bahkan ketika dia tidak kuat untuk tidak menangis...Dia harus terlihat tegas bahkan saat dia ingin memanjakanmu.Dan dia adalah yang orang pertama yang selalu yakin bahwa "KAMU MAMPU" dalam segala hal..

Selasa, 7 Februari 2012

ketika kita mengeluh...

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 




KETIKA KITA MENGELUH:"ah,tak mungkin kut......."
ALLAH MENJAWAB:"Jika aku mengkehendaki,cukup ku berkata JADI...maka JADIlah...."
(QS 36:82)

KETIKA KITA MENGELUH:"Beratnya dugaan ini,tak sanggup aku..."
ALLAH MENJAWAB:"Aku tidak membebani seseorang,melainkan sesuai dengan kesanggupannya....(QS 2:286)

KETIKA KITA MENGELUH:"..serabutnya..."
ALLAH MENJAWAB:"Hanya dengan mengingatKU,hati akan menjadi tenang..."
(QS 13:28)

KETIKA KITA MENGELUH:"aku sedih sangat....."
ALLAH MENJAWAB:"La tahzan,Innallaha Ma'ana...Janganlah kamu berdukacita,sesungguhnya ALLAH bersama dengan kita...
(QS 9:40)

sabar itu indah..

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 


assalamualaikum...
ary ni laila tringin nk shre dgan korng tentang sabar..memng pyah nk didik hati spaya sntiasa brsabar xkre la dlam situasi ap pn...tp hakiktnya sabar itu memng indah...bla Allah datngkan ujian..ianya bukanlah sbagai stu bebanan tp yakinlah bhawa Allah telah tetapkan yg trbaik buat kta...kta harus brsabar dn brtahan sbab mngkin ad hkmah di sebalik ujian...hkmah yg sngat indah...bla ujian dtng menmpa dri kta..hdapinya tanpa kecewa,tnpa ptus harapn....usah terlalu brsedih krana kta perlu ingt yang Allah tdak akan skali-kali mnzalimi hmba-Nya....dn Allah dah jnjikan yang setiap kesabaran ada gnjaran...




*renungan bt semua
anggaplah segla ujian dlam hdup ni umpama peperksaan di zaman sekolah..setelah diajar,kta diuji dengn peperksaan,kta menggunakn apa yg dipelajari dan kekuatan mnda untk mnjwab soalan itu....begitu jgak dengn masalah hdup,setelah sekian lma mnjlani khidupan di dnia iniapa yg diuji kta cba untk selesaikn dengan segala pelajaran dn pengalaman...tak mengapa kta gagal,yng pntng kta tak brputus asa...kta perlu mnjalaninya dengan sfat sabar kerana SABAR ITU INDAH...





pesan laila,kta semua harus tetap sbar dan memndang segalanya baik walaupun sebenarnya hati kta sedng merana kerana Allah sentiasa berada disisi kta semua...tdak pernah sedetik pun Allah tnggalkn kta keseorangan dn ingat sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari-Nya....Subhanallah

Sabtu, 4 Februari 2012

salam maulidur rasul...

.....بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas nabi (MUHAMMAD S.A.W) wahai orang-orang beriman berselawatlah kamu ke atasnya seta ucapkanlah salam dengan penghormatan...

(surah al-ahzab-56)

Dalam Islam selepas maghrib dikira hri esoknya,iaitu 12 Rabiulawal  yg merupakan trikh keramat dmana Rasulullah dilahrkan...Oleh itu,laila nk shre dgn korng smethng yg laila rse bley djadikn renungan...smoga trkesan dhati korng smua,insyaallah...




 UMMATKU!!UMMATKU!!UMMATKU!!
BEGITULAH SAAT-SAAT AKHIR MANUSIA AGUNG,
JIWANYA DIPENUHI RASA KASIH PADA UMMATNYA.....
SETIAP DETIK HAYATNYA ADALAH UNTUK UMMATNYA,
SETIAP KEPAYAHANNYA ADALAH UNTUK KESELAMATAN UMMATNYA....
SETIAP JERIH PERIT KEHIDUPANNYA ADALAH UNTUK CAHAYA KEIMANAN INI,
AGAR TERUS TERSEBAR MENYINARI HIDUP UMMATNYA,...
SEJARAHNYA ADALAH SEJARAH PETUNJUK DAN KASIH SAYANG,
KASIH SAYANG YANG TIADA UKURANNYA....
UNTUK KITA UMMATNYA.....





sekian sja dri laila...
akhir kta laila SALAM MAULIDUR RASUL dri laila bt korng smua....
assalamualaikum....:)

Khamis, 2 Februari 2012

cerita hati...

hari ni,laila nk story,mlam feelng skit..so kpada korng yg laila syang sngat-sangt,klau u all nk dngar or bc...slakn,klau xnk trpulang ok..korng pernah dngar ayt ni??...'kawan ketawa senang dcari,kawan susah sukar sekali..'ermmm...bg laila,memg btul...susah kta nk cri kwan yg btul2 kawan..mean bkn tme snang je ad dgn kta..tp kwan yg xpernh nk ambl kesmpatan ats kebaikan or kesenangn kwannya...wah,bunyi cm rumit kan??tp xde la sebenarnya,klau kta btul2 ikhlas brkawan..insyaallah,smuanya akn trpelihara...trpelihara dri hasad dengki...xde la kes 'kawan makan kawan...',.an3???lgi menyedihkan klau kwan kta jst nk kwan dgn kta tme dy susah,borng or bla3.... then tme senang,happy stop!oh,so sad...statemnt ni bkn la nk kta yg kta sbagai kwan kna brkira...bt cba korang renung2kn...adil x???xkn....so,psan laila slagi kta bleh happykan kwan kta...kta truskan..bnda baik....berkwan bkn bnda yg membebankan,tp smethng yg sngt indah,,..pengalamn laila 5tahun tnggl kt hstel,mengajr laila yg kwan amt3 pntng!!ingt,pntng!!!!mcm2 hal...yg xbest pn kenangn yg best lgi la...so skrang laila rndu sngat3 kt dyorng...sngat3....huhu,klau la laila brkesmpatan jmpa dgn dyorang,bestnya!!msti bnyk story...yg snyap pn bleh jd bisng...klau befday xpyah kte la..rse cm pteri rja,.ad2 je yg dyorng plan,uhh,,.trsangt la rndu.....study skali,mkan skali,tdo bwah stu bmbung,happy skali,susah lgi la...mcm stu fmily,sngt la indah.....mybe ad yg kte,eh xmain la feelng2 ni...kwan je pn,rilek la....btul x???bt korng kna ingt...jgn ambl mdah je...prsahabatn stu bnda yg sngat mulia,so jgalah persahabatn yg korng bna...walaupn mngkn ad di antra sahabat kta yg Allah lbih menyayanginya,insyaAllah..sahabat smpai syurga.........ingt xsmstinya komtmen kta sbagai seorng sahabt trhnti mcm tu je,mcm2 kte bleh bt....untung bg ssiapa yg sntiasa pegang "berkawan biar beribu,berkasih biar stu"...sngt mendlam mksdnya,...korng renung2kn ye...

khas bt smua shabat laila,xkra dmna jua anda brada,..lagu ni laila tjukn khas bt korng,xkra la jauh ke dkat ke...kta tetp kawan!!so,jrak xmemisahkan..laila syang korng smua....!!




be happy.....

keep smiling ok!!!!!!!

Rabu, 1 Februari 2012

just for fun...

haha,ary ni laila nk shre dgn korang...td borng pnya psal,laila pn brfacebookng la....haha,ad ke?hntam je...smbl wlkng2,usha status orng...laila jmpa la,stu application ny..'mcm best je.. (brmonolog).hehe,so i tried...nk tgok???


tu je la laila nk shre,jgn mrah ye...sekadar ske2,xde idea nk post ap...,so kpd spe2 yg brmnat...pstikan lulus smua di ats tp xsemudah tu,hehe...grau je..ok,smpai sni...assalamualaikum